Thursday 29 December 2011

WANITA SOLEHAH =')




Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.

Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu,

Bukan dan tidak sama sekali,
Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
kerana satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi,

Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
kerana ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu,
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya,
Bersyukurlah diatas apa yang ada,
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.

Salam perjuangan untuk sahabatku,
Wanita solehah.

"Wanita hiasan dunia, Seindah hiasan adalah wanita solehah

JANGAN TIDUR DALAM KESEDIHAN TETAPI DALAM KESYUKURAN..

terdapat dua kisah sahabt yg pernah ana baca :) dua sahabat baik pergi menggembara bersama-sama iaitu amin dan amir.ketika dlam perjalanan,mereka telah bergaduh sesama sendiri menyebabkan amir memukul amin.amin sgt sedih lalu menulis di atas pasir.

setelah itu mereka pun menyambung perjalanan mereka kembali.setelah sampai ke tempat sebuah sungai,amin terus melompat ke dalam air kerana ingin merasai suasana sejuk air sungai itu.tetapi,amin tidak dapat mengimbangi badannya lalu lemas.amir yg melihat kejadian itu terus menyelamatkan sahabatnya.

setelah diselamatkan,amin mengucapkan terima kasih kepda amir.amin terus memahat di batu bahawa kawan baiknya telah mnyelamatkan dia daripda lemas.amir yang berasa pelik lalu bertanya.,kenapa ketika dia memukul amin.amin menulis di ats pasir tetapi ketika amir menyelamatkannya ia memahat di atas batu.,

amin menjawab bahawa ia menulis di ats pasir ,tulisan itu akan pergi di tiup angin.tetapi kebaikan dipahat di ats batu supaya ia kekal selamanya.

begitulah juga kehidupan ini,manusia perlulah sentiasa bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah.setiap musibah yg datang pasti ada hikmahnya yg tersendiri.oleh itu,jgn tidur dalam kesedihan,tetapi lihatlah nikmat yg dikurniakan Allah,bersyukurlah =')



   

SEDETIK MENOLEH KEPADA ALLAH,BARU TERSEDAR KASIH SAYANGNYA SENTIASA ADA BUAT HAMBA..







Seekor unta apabila sampai ke tahap mabuk kasih dan rindu kepada pasangannya,akan berlaku kepadanya 2 perkara :
* Ia tidak mmpedulikan lagi soal makan dan minum wlaupun keadaan sgt sukar dan skeliling membara.

 * Ia tidak mghiraukan seberat manapun beban yg dipikul olehnya dgn pandangan kosong dan terus melangkah dengan penuh gagah walaupun di ulit kesedihan.

Begitulah hebatnya kuasa cinta dan rindu.seorang hamba yg menginginkan kebaikan,perlu ada rasa cinta dan rindu kepada Allah .seorang insane yg telah memilikinya berbeza dengan manusia yg lain .kerana rindu dan cinta kepada Allah merupakan tenaga dalaman yg sgt lembut tetapi  berupaya mggerakkan tindakan yg begitu kuat seperti ledakan bom atom. Ia juga menjadi benteng yg berupaya menepis walau sebesar mana sekalipun badai dan cabaran yg dating.begitulah kuatnya kehebatan cinta dan rindu kepada Allah. 

Daerah kasih sayang Allah begitu luas. Malah lebih dari seluas mata memandang.Cuma…Cuma manusia tidak mnyedari bahawa mereka disayangi,dikasihi, dan dirindui oleh Allah =’).hanya mereka yg sesaat mmerhati kepada limpah rahmat dan nikmat Allah akan merasa hakikat diri diciptakan dan melakukan muhasabah .malah akan tersedar bahawa selama-lamanya akan berada di bawah naugan kasih sayang Allah..

Allah tidak pernah mmbiarkan hambanya menangis dan kecewa .antara sebab dan akibat.sebab adalah melontar batu ke ats ,ke mana ia jatuh kemudiannya itulah akibat.





Wednesday 28 December 2011

BUKAN SEMUA YG DISUKAI MENJADI KEBAHAGIAAN SELAMANYA.



Di sebuah perkampungan terpencil di sebuah negara . tanaman dan harta benda penduduk sering di rosakkan oleh monyet2 liar. mereka perlu menghapus monyet tersebut supaya tidak berlaku lagi kerosakan tersebut.mereka menggunakan kaedah unik.

apa yg di buat ialah sebuah kotak yg dipakukan ke lantai dan membuat lubang kecil di atas kotak tersebut sebesar ukuran tangan monyet.di dalam kotak tersebut di letakkan makanan untuk perangkap monyet tersebut.

monyet2 pon datang.mereka menghulurkan tangan ke dalam kotak melalui lubang sempit itu untuk mendapatkan makanan.makanan di genggam dan cuba di tarik keluar.apa yg berlaku,tangan mereka tersekat kerana tangan yg penuh dengan makanan tidak mgkin dapat melepasi lubang tersebut.

pada saat inilah orang kampung datang menyerbu monyet tersebut dengan kayu.mereka memukul dengan kuat monyet malang itu sehingga remuk tengkorak.luka pada tubuh monyet sangat teruk sehingga terpecik darah ke serata tempat.jeritan dan kesakitan tidak dapat di gambarkan.
tetapi apabila di lihat pada monyet tersebut,walaupon ketika dipukul dan kesakitan.monyet2 itu masih menggenggam makanan dengan kuat dan tidak mahu melepaskannya.tangan terus berada dalam kotak walaupun dipukul sehingga mati. ='( 



kisah ini menunjukkan kejadian yang sama berlaku kepada manusia yg berasa dirinya pintar.begitu banyak pengalaman dan pengajaran yg berlaku dalam kehidupan,bahawa ada perkara yg disukai dalam hidup ini tetapi membawa kemusanahan dan kehancuran.manusia malang seperti perangai monyet yang tidak mahu melepaskan tangan dengan makanan.sebaliknya mereka terus membuat kesalahan yg sama dan sama walaupun sudah merasai kesan dan akibat bersama dan menderita sepanjang hidup.


kisah yg dibaca oleh ana ini mengingatkan diri ini bahawa  setiap apa yg disukai bukan semuanya menjadi kebahagiaan selamanya.manusia sering membalas nikmat yg dikurnia oleh Allah dengan melakukan kemaksiatan.na'uzubillah.,oleh itu nafsu perlu di 'DIDIK' bukan di 'TURUTI'., jadilah HAMBA SEHAMBANYA dan BERTUHANKAN ALLAH SELAMANYA.peringatan bersama buat sahabat .,malah diri yg hina ini juga.wallahu'alam.







KEMULIAAN WANITA =)





Pada suatu masa dahulu,ketika Rasulullah s,a,w, tiada di rumah.seorang perempuan miskin dengan 2 orang anknya hendak bertemu dengan Rasulullah .oleh kerana Rasulullah s.a.w. tidak ada.perempuan itu berjumpa dengan isteri baginda iaitu Aisyah RA.

 oleh kerana kasihan melihatkan perempuan itu dngn dua org ank perempuannya,Aisyah memberikan tiga buah kurma.kurma itu kemudian diberikan kepada ank2nya dan sedikit untuk dirinya.kedua-dua anknya mkan begitu selera sekali . selesai ank2nya makan ,giliran perempuan itu untuk makan sisa kurma untuknya.

tiba2 anaknya berkata , "ibu,jangan makan kurma itu.kami masih lapar".melihatkan anak-anak masih memerlukan kurma itu,si ibu tersebut terus memberikan kurma itu untuk dihabiskan.setelah kenyang,mereka pun beredar.Aisyah telah menceritakan perkara tersebut kepada Rasulullah s.a.w .

Rasulullah berkata "barang siapa yg mempunyai 3 anak perempuan dan mereka bersabar dalam mendidiknya sama ada ketika susah atau senang , dia akan dimasukkan ke dalam syurga kerana rahmat Allah terhadap anak2 itu".

"walaupun mmpunyai 2 orang anak perempuan,ibu itu juga akan dimasukkan kedalam syurga",

"walaupun seorang sahaja,ibu itu juga akan dimasukkan ke dalam syurga"., jawab Rasulullah ketika seorang lelaki bertanya mengenainya.

Rasulullah menasihati, "BARANGSIAPA YG MENGELUARKAN BELANJA UNTUK DUA ORANG ANAK PEREMPUAN DAN MEMILIKI SAUDARA PEREMPUAN ATAU KERABAT ATAU KAUM PEREMPUAN YG PATUT DISEDIAKAN BELANJA UNTUK KEDUANYA,SEHINGGA KEDUANYA DIBERI ALLAH KECUKUPAN ATAU KEMAMPUAN MEREKA AKAN MENJADI PELINDUNG DARI API NERAKA KELAK",

dilihat dalam hadis tersebut siapa yg mengeluarkan harta kepada wanita sehingga memberi kecukupan yakni membantu dalam kesusahan,bukan membantu dalam pembaziran harta untuk membeli belah.sesungguhnya membazir itu merupakan amalan syaitan =).kisah ini menunjukkan betapa kasihnya Nabi terhadap kaum wanita sehingga dimuliakan begitu sekali walaupun dalam perkara yg kecil apatah lagi yg lain terutama perkara utama iaitu aurat wanita yg kian diremehkan kerana mengikut mazhab diri sendiri tanpa berpandukan kepada ikutan syara'.sama-sama menginsafi kesilapan diri sendiri sebagai wanita islam.adakan benar2 sudah menjadi wanita islam yg sebenar? akhir zaman wanita sudah semakin berani melakukan perkara yg mencalitkan fitnah ke atas diri sendiri.nauzubillah.mari mencari kemuliaan,manjadi wanita islam yg sebenar.mungkin tidak bermakna dalam pandangan manusia yg jahil.tapi bermakna sebagai hamba Allah dan umat Nabi Muhammad s.a.w . WANITA KEMBALI KE ARAH KEMULIAANMU.~ amin,



Tuesday 27 December 2011

DIA KEKASIHKU,DIA TEMAN HIDUPKU. =)

sahabat pernah dengar kisah seorang wanita dan ibunya yang menjual susu pada zaman khalifah umar al khattab?.,apabila si ibu menyuruh anaknya mencampurkan sedikit air ke dlam susu yg di jual tapi di tegah oleh anaknya lantaran sifat taqwa dan takutkan Allah sehingga umar al-khattab mengambinya sebagai menantu.,slepas itu mendapat anak lelaki yg akhirnya menjadi seorang pemimpin yg hebat iaitu umar abdul aziz =)? pernahkan? 

kisah kedua pula mengenai seorang lelaki bernama SOLEH yg termakan epal yg di jumpainya lalu merasa serba salah akan perbuatan,.dia mencari pemilik epal tersebut dan dikhendaki bekerja dengannya beberapa tahun.,akhirnya pemilik epal tersebut menyuruhnya mengahwini anak perempuannya ., anak perempuannya seorang yg pekak,bisu,buta dan segala kecacatan yg teramat sgt. kerana buta dari melihat segala perkara yg tdak diredha Allah,pekak kerana hanya mendengar perkara yg Allah redha,bisu kerana tidak pernah bercakap pekara yg Allah suka dan sbagainya.

dari dua kisah yg telah di gambarkan menunjukkan setiap muslim yg menginginkan anak yg soleh perlu mendidik dirinya untuk soleh dan mencari jodoh seorang perempuan yg solehah.perempuan yg solehah bakal menjadi ibu kepada anak2 yg soleh sbagai ibu yg menjaga HAK KEPDA TUHANNYA,. ibu yg sebegini adalah ibu yg sentiasa berada dalam landasan ilahiyyah ketika menjalani kehidupan dunia mnuju akhirat.

al quran dan as sunnah menjadi panduan mndidik anak2 ,.dalm pembentukan anak2., sesuai dengan kehendak islam.,ibu merupakan taman dari taman2 kebahagiaan.ibu merupakan guru di rumah dalam pmbentukan akhlak ank2 . yg sudah pasti anak2 itu akn mnjaid manusia yg taat kpda Allah.Rasul dan juga ibu bapa.

oleh itu, =) sebagai muslim yg mahu mghasilkan anak yg baik ,haruslah memilih isteri yg baik sblum berkahwin,yg boleh mmbentuk anak2 dlam keredhaan Allah.,

sabda Nabi maksudnya :

dikahwini perempuan itu disebbkan 4 prkara hartanya,ketrunnnya,kcantikannya dan agma.dan hendaklah kmu memilih prempuan yg mmpunyai agama,pasti kmu akan senang.,

*cukup sekirannya mndapat isteri yg mmpunyai kesedaran Islam yg sgt tggi waima tidak mmpunyai sbarg pngajian yg sgt tggi skalipun*

wallahu'alam~ 

Sunday 25 December 2011

AYAH....SEMUA INI KERANA KASIH SYG ALLAH









*kisah benar yg berlaku tentang seorang ayah yg menyesal terhadap sikap anaknya,tetapi semua yg berlaku ada hikmahnya.,Allah maha Mengetahui apa yg terbaik buat hambaNya =') *

hati seorang ayah benar2 terluka. petang itu dalam perjalanan pulang dari kerja ketika seluruh tubuhnya terasa remuk dibedal beban tugas seharian,pihak sekolah anak lelakinya menelefon ,meminta dia segera bertemu guru displin sekolah.

'Encik.. anak encik terpaksa kami buang dari sekolah ini kerana masalah displin yg sangat serius',kata guru displin tersebut dalam bilik kaunseling.tetapi patah kata itu seperti bunyi letupan yg sangat membingitkan.kemudian dari itu dia tidak mendengar apa2.dia hanya melihat kumat-kamit bibir guru itu membentangkan satu persatu kesalahan anaknya.,Rasa malu,aib ,marah,kecewa bergumpal dalam rongga dadanya., muka terasa panas,arang hitam seperti tertempel di segenap ruang wajahnya.

Tiada rayuan dibuat,anaknya dibawa pulang.

Atas kekecewaan memuncak,dia suami isteri membuat keputusan untuk menghantar anaknya ke sekolah tahfiz al-Quran jauh di luar bandar. biar anak jauh dari ibu,jauh dari kota,jauh dari masakan ibu,biar jauh dari segalanya.rasakan!

pada hari anak itu dihantar ke asrama baru tanpa menoleh pada wajah anaknya,anaknya ditinggalkan.dia tidak mempedulikn perassan anaknya kerana dia sendiri sarat dengan kesal dan rasa kecewa.

pada setiap bulan dia akan datang ke sekolah anaknya untuk menbayar yuran sekolah yg jauh dibandar itu tanpa mahu berjumpa anaknya. itu keputusan muktamad darinya.dia serik menaruh harapan pada anaknya.

sehinggalah 8 bulan berlalu,seperti biasa dia bertemu dengan guru untuk membayar yuran sekolah.ketika berangkat pulang,seorang guru telah meminta dia berjumpa dengan anaknya.

'Encik....silalah berjumpa dengan anak encik,kami rasa sudah lama benar dia menyebut ingin berjumpa dengan ayahnya...'ustaz itu berbicara sedemikian.

'tak mengapalah ustaz,saya rsa tidak ada keperluan untuk itu.biarlah dia terus disini.saya akan membayar yuran yg sepatutnya',ayat bernada ketegasan.

'tapi....tidakkah hari ini encik ingin berjumpa dengan seorang al-hafiz?'
bisik ustaz ke telingannya.

'hari ini anak encik telah menghafaz seluruh al-quran dalam tempoh 8 bulan.'smbung kata ustznya lagi.

dia tergamam dan terdiam .~




dia tidak mmpercayai apa yg didengarnya.dia tidak sgka dan bertanya adakh berhak untuk merasai keajaiban ini.


saat itu anaknya masuk berdiri ragu2 dgn wajah sarat menanggung rasa rindu hati seorang anak.tanpa sedar si ayah menangis dengan kuat.dia meluru memeluk anaknya bersama perasaan yg tidak percaya akan keajaiban yg berlaku.dia memeluk anaknya begitu lama untuk merasai kedamaian.dia tidak menyangka memeluk anaknya.


iaitu seorang al-hafiz dgn cahaya al-quran .~


8 bulan ayhnya meniggalkan di tahfiz tersebut.anak itu sudah bertekad untuk berubah.Allah telah memberi hidayah kepadanya.ditambah dgn didikan ustaz dan sinaran cahaya al-quran ,anak itu telah mendapat kekuatn untuk berubah tanpa melihat masa lampau =)