Wednesday 28 December 2011

BUKAN SEMUA YG DISUKAI MENJADI KEBAHAGIAAN SELAMANYA.



Di sebuah perkampungan terpencil di sebuah negara . tanaman dan harta benda penduduk sering di rosakkan oleh monyet2 liar. mereka perlu menghapus monyet tersebut supaya tidak berlaku lagi kerosakan tersebut.mereka menggunakan kaedah unik.

apa yg di buat ialah sebuah kotak yg dipakukan ke lantai dan membuat lubang kecil di atas kotak tersebut sebesar ukuran tangan monyet.di dalam kotak tersebut di letakkan makanan untuk perangkap monyet tersebut.

monyet2 pon datang.mereka menghulurkan tangan ke dalam kotak melalui lubang sempit itu untuk mendapatkan makanan.makanan di genggam dan cuba di tarik keluar.apa yg berlaku,tangan mereka tersekat kerana tangan yg penuh dengan makanan tidak mgkin dapat melepasi lubang tersebut.

pada saat inilah orang kampung datang menyerbu monyet tersebut dengan kayu.mereka memukul dengan kuat monyet malang itu sehingga remuk tengkorak.luka pada tubuh monyet sangat teruk sehingga terpecik darah ke serata tempat.jeritan dan kesakitan tidak dapat di gambarkan.
tetapi apabila di lihat pada monyet tersebut,walaupon ketika dipukul dan kesakitan.monyet2 itu masih menggenggam makanan dengan kuat dan tidak mahu melepaskannya.tangan terus berada dalam kotak walaupun dipukul sehingga mati. ='( 



kisah ini menunjukkan kejadian yang sama berlaku kepada manusia yg berasa dirinya pintar.begitu banyak pengalaman dan pengajaran yg berlaku dalam kehidupan,bahawa ada perkara yg disukai dalam hidup ini tetapi membawa kemusanahan dan kehancuran.manusia malang seperti perangai monyet yang tidak mahu melepaskan tangan dengan makanan.sebaliknya mereka terus membuat kesalahan yg sama dan sama walaupun sudah merasai kesan dan akibat bersama dan menderita sepanjang hidup.


kisah yg dibaca oleh ana ini mengingatkan diri ini bahawa  setiap apa yg disukai bukan semuanya menjadi kebahagiaan selamanya.manusia sering membalas nikmat yg dikurnia oleh Allah dengan melakukan kemaksiatan.na'uzubillah.,oleh itu nafsu perlu di 'DIDIK' bukan di 'TURUTI'., jadilah HAMBA SEHAMBANYA dan BERTUHANKAN ALLAH SELAMANYA.peringatan bersama buat sahabat .,malah diri yg hina ini juga.wallahu'alam.







No comments:

Post a Comment