Sunday 25 December 2011

AYAH....SEMUA INI KERANA KASIH SYG ALLAH









*kisah benar yg berlaku tentang seorang ayah yg menyesal terhadap sikap anaknya,tetapi semua yg berlaku ada hikmahnya.,Allah maha Mengetahui apa yg terbaik buat hambaNya =') *

hati seorang ayah benar2 terluka. petang itu dalam perjalanan pulang dari kerja ketika seluruh tubuhnya terasa remuk dibedal beban tugas seharian,pihak sekolah anak lelakinya menelefon ,meminta dia segera bertemu guru displin sekolah.

'Encik.. anak encik terpaksa kami buang dari sekolah ini kerana masalah displin yg sangat serius',kata guru displin tersebut dalam bilik kaunseling.tetapi patah kata itu seperti bunyi letupan yg sangat membingitkan.kemudian dari itu dia tidak mendengar apa2.dia hanya melihat kumat-kamit bibir guru itu membentangkan satu persatu kesalahan anaknya.,Rasa malu,aib ,marah,kecewa bergumpal dalam rongga dadanya., muka terasa panas,arang hitam seperti tertempel di segenap ruang wajahnya.

Tiada rayuan dibuat,anaknya dibawa pulang.

Atas kekecewaan memuncak,dia suami isteri membuat keputusan untuk menghantar anaknya ke sekolah tahfiz al-Quran jauh di luar bandar. biar anak jauh dari ibu,jauh dari kota,jauh dari masakan ibu,biar jauh dari segalanya.rasakan!

pada hari anak itu dihantar ke asrama baru tanpa menoleh pada wajah anaknya,anaknya ditinggalkan.dia tidak mempedulikn perassan anaknya kerana dia sendiri sarat dengan kesal dan rasa kecewa.

pada setiap bulan dia akan datang ke sekolah anaknya untuk menbayar yuran sekolah yg jauh dibandar itu tanpa mahu berjumpa anaknya. itu keputusan muktamad darinya.dia serik menaruh harapan pada anaknya.

sehinggalah 8 bulan berlalu,seperti biasa dia bertemu dengan guru untuk membayar yuran sekolah.ketika berangkat pulang,seorang guru telah meminta dia berjumpa dengan anaknya.

'Encik....silalah berjumpa dengan anak encik,kami rasa sudah lama benar dia menyebut ingin berjumpa dengan ayahnya...'ustaz itu berbicara sedemikian.

'tak mengapalah ustaz,saya rsa tidak ada keperluan untuk itu.biarlah dia terus disini.saya akan membayar yuran yg sepatutnya',ayat bernada ketegasan.

'tapi....tidakkah hari ini encik ingin berjumpa dengan seorang al-hafiz?'
bisik ustaz ke telingannya.

'hari ini anak encik telah menghafaz seluruh al-quran dalam tempoh 8 bulan.'smbung kata ustznya lagi.

dia tergamam dan terdiam .~




dia tidak mmpercayai apa yg didengarnya.dia tidak sgka dan bertanya adakh berhak untuk merasai keajaiban ini.


saat itu anaknya masuk berdiri ragu2 dgn wajah sarat menanggung rasa rindu hati seorang anak.tanpa sedar si ayah menangis dengan kuat.dia meluru memeluk anaknya bersama perasaan yg tidak percaya akan keajaiban yg berlaku.dia memeluk anaknya begitu lama untuk merasai kedamaian.dia tidak menyangka memeluk anaknya.


iaitu seorang al-hafiz dgn cahaya al-quran .~


8 bulan ayhnya meniggalkan di tahfiz tersebut.anak itu sudah bertekad untuk berubah.Allah telah memberi hidayah kepadanya.ditambah dgn didikan ustaz dan sinaran cahaya al-quran ,anak itu telah mendapat kekuatn untuk berubah tanpa melihat masa lampau =)






No comments:

Post a Comment