Thursday 29 December 2011

JANGAN TIDUR DALAM KESEDIHAN TETAPI DALAM KESYUKURAN..

terdapat dua kisah sahabt yg pernah ana baca :) dua sahabat baik pergi menggembara bersama-sama iaitu amin dan amir.ketika dlam perjalanan,mereka telah bergaduh sesama sendiri menyebabkan amir memukul amin.amin sgt sedih lalu menulis di atas pasir.

setelah itu mereka pun menyambung perjalanan mereka kembali.setelah sampai ke tempat sebuah sungai,amin terus melompat ke dalam air kerana ingin merasai suasana sejuk air sungai itu.tetapi,amin tidak dapat mengimbangi badannya lalu lemas.amir yg melihat kejadian itu terus menyelamatkan sahabatnya.

setelah diselamatkan,amin mengucapkan terima kasih kepda amir.amin terus memahat di batu bahawa kawan baiknya telah mnyelamatkan dia daripda lemas.amir yang berasa pelik lalu bertanya.,kenapa ketika dia memukul amin.amin menulis di ats pasir tetapi ketika amir menyelamatkannya ia memahat di atas batu.,

amin menjawab bahawa ia menulis di ats pasir ,tulisan itu akan pergi di tiup angin.tetapi kebaikan dipahat di ats batu supaya ia kekal selamanya.

begitulah juga kehidupan ini,manusia perlulah sentiasa bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah.setiap musibah yg datang pasti ada hikmahnya yg tersendiri.oleh itu,jgn tidur dalam kesedihan,tetapi lihatlah nikmat yg dikurniakan Allah,bersyukurlah =')



   

No comments:

Post a Comment